Betapa sayunya hati apabila melihat wajah seorang ibu yang terpaksa menanggung kesedihan yang amat perit...kerana terpaksa berhadapan dengan sikap anak-anak yang tidak langsung cuba untuk mengerti segala pengorbanan yang telah dilakukan...
Apabila si ibu meminta si anak untuk membantunya,si anak bukan sahaja tidak menghiraukan permintaan tersebut malah si anak juga sanggup bermasam muka dan meninggikan suara dengan mengatakan,"angah sibuk la ibu,ada banyak tugasan sekolah yang harus disiapkan".Si anak tidak mengetahui bahawa sekeping hati milik ibunya sedang berkecai akibat kata-kata yang dituturkan itu.
Si anak juga tidak memikirkan bahawa suatu masa dahulu,si ibulah yang telah sanggup berjaga hingga ke lewat malam apabila si anak merengek kelaparan,si ibulah yang telah sanggup meluangkan masanya bagi mencurahkan kasih sayang terhadap si anak walaupun si ibu penat dengan kerjayanya...
Si ibu melakukan segala-galanya dengan penuh kasih sayang dan sanggup mengenepikan kepentingan peribadinya....
Namun tidak disangka oleh si ibu...apabila anaknya besar...anaknya akan sanggup untuk meninggikan suara terhadapnyaa sedangkan suara ibu penuh dengan kelembutan apabila melayani kerenah si anak yang nakal ketika kecil...
Anaknya sanggup menghempaskan pintu bagi menunjukkan tanda protesnya,sedangkan si ibu masih bersabar menelan segala kepahitan tingkah laku anaknya,agar tidak melukakan hati si anak apabila ditegur...
Harapan si ibu tidaklah tinggi,si ibu hanya berharap agar anaknya berjaya di dunia dan akhirat...menjadi seorang insan yang ssoleh dan solehah.
Si ibu juga berharap agar anaknya akan sanggup menjaganya di kala dia tua.
Seruan untuk anak-anak:
Berusahalah untuk sentiasa menggembirakan hati ibu bapa...walaupun zaman telah berubah,namun janganlah kita sebagai si anak sanggup untuk melupakan insan yang telah mehirkan kita,sedangkan kita tahu bahawa betapa sakitnya kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh si ibu apabila hendak melahirkan kita...
Sama ada kita adalah seorang pelajar mahupun pekerja,carilah masa untuk diluangkan bersama ibu bapa kita.Walaupun kita terasa dengan cara mereka menegur,namun,belajarlah untuk menerima...dan ingatlah,mereka tetap ibu bapa kita yang terhebat dalam hidup.Manusia itu tidak sempurna,ahli keluarga haruslah saling melengkapi antara satu sama lain.
Sayangilah ibu bapa kita setulus hati,dan bantulah mereka di kala mereka memerlukan pertolongan kita,si anak.